Pages

PENGUMUMAN : Laman Web Jualan Ebook Cara Membuat Handmade Chocolate (COMPOUND) Telah Berpindah Ke http://www.gurucoklat.com

Friday, March 25, 2011

Melayu Mall - Pusat Pemasaran Produk Anda

Assalamualaikum semua.
Posting kali ni saya nak berkongsi dengan rakan-rakan semua terutamanya yang berminat untuk berniaga diinternet, satu website yang dicipta KHAS untuk memasarkan produk rakan-rakan semua.

Website ini telah dibina oleh saya sendiri dan ianya telah dirancang 5 bulan yang dahulu. Disebabkan kesuntukkan masa, projek untuk membangunkan website ini tergendala.

Jadi, pada 2 minggu yang lepas barulah saya dapat memberi perhatian penuh untuk membangunkan laman web tersebut. Website yang saya maksudkan ialah Melayu Mall.



Melayu Mall ini ialah salah satu laman web yang dicipta untuk memberi kemudahan kepada peniaga-peniaga di Malaysia untuk memasarkan produk mereka secara online. Mungkin ada segelintir peniaga yang tidak mempunyai kemahiran untuk membina blog/website perniagaan sendiri. Jadi, Melayu Mall ini ialah platform yang terbaik untuk berniaga online tanpa perlu mempunyai kemahiran membina blog/laman web.

Kepada yang baru nak memulakan untuk menjual produk di internet, saya cadangkan anda menggunakan platform ini sebagai permulaan untuk membangunkan perniagaan anda. Kepada yang sudah lama berkecimpung dalam perniagaan dan telah mempunyai laman web sendiri, boleh juga gunakan platform Melayu Mall untuk meningkatkan lagi kadar penjualan produk anda.

Sebelum senaraikan produk anda di Melayu Mall, jangan lupa untuk muat turun dahulu ebook panduan "Cara Senaraikan Produk Anda Di Melayu Mall". Dalam ebook tersebut mengandungi cara untuk memasarkan produk anda di Melayu Mall dan diselitkan sekali tips-tips yang boleh anda gunakan untuk menulis iklan yang dapat menarik perhatian pembeli.

Jangan lupa juga untuk membaca Terma dan Syarat untuk memasarkan produk anda di Melayu Mall untuk mengelakkan anda melakukan kesalahan di laman web tersebut yang boleh menyebabkan anda di BAN dari Melayu Mall.

Akhir kata, gunakanlah platform Melayu Mall sebaiknya untuk mengembangkan perniagaan anda. Jadilah peniaga yang berhemah, jujur dan berkeyakinan tinggi. Kata motivasi untuk hari ini, "Yakinlah dengan peniagaan yang anda lakukan. Jangan takut untuk menghadapi kegagalan kerana kegagalan hari ini akan memberi kejayaan di kemudian hari.". :)

Link ke Melayu Mall : http://www.melayumall.com

Wednesday, November 3, 2010

Contest - "Like & Win". 100 Ebook Cara Membuat Handmade Chocolate (COMPOUND) Yang Bernilai RM5000 Untuk Diberikan!

aSalam semua. Hari ni Khai nak buat contest. Contest ni mudah sahaja. Anda cuma perlu "Like" pages Guru Coklat di SINI!.

Kemudian invite atau cadangkan kepada rakan-rakan Facebook anda untuk "Like" pages Guru Coklat.
Apabila 20 rakan Facebook anda telah "Like" pages Guru Coklat, anda akan dihadiahkan ebook Cara Membuat Handmade Chocolate (COMPOUND) yang bernilai RM50!!!

Bila 20 rakan Facebook anda telah "Like" pages Guru Coklat, hantarkan emel kepada saya di (buatcoklat@gmail.com) attached sekali dengan screenshot pages Guru Coklat yang merangkumi 20 rakan Facebook anda.

Contoh ScreenShot :



ATAU




Dan sebagainya. Ikut kreativiti anda. ;)

Sertakan maklumat berikut dalam emel anda :

1. Nama penuh
2. Emel
3. Alamat
4. Nama di Facebook.
5. No Telefon

Contest ini akan berakhir pada 30 November 2010 atau mencapai 100 orang pemenang. Mana-mana yang tiba dahulu. Berpandukan pada Terma & Syarat.


Terma dan Syarat :

1. Contest ini hanya terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja.
2. Contest atau mencapai 100 orang pemenang. Mana-mana yang tiba dahulu.
3. Pemenang harus mempunyai 20 atau lebih rakan Facebook "Like" pada pages Guru Coklat.
4. Pastikan rakan-rakan Facebook yang telah anda jemput untuk "Like" pages Guru Coklat kekal sebagai fans Guru Coklat minima 14 hari.
5. Pemenang akan diumumkan di emel atau Facebook.
6. Hadiah TIDAK BOLEH ditukar kepada barang lain yang sama nilai.
7. Seorang hanya boleh menerima 1 hadiah sahaja.

Monday, November 1, 2010

Jom Tengok Posting ni!. =)

Related Posts with Thumbnails