Pages

PENGUMUMAN : Laman Web Jualan Ebook Cara Membuat Handmade Chocolate (COMPOUND) Telah Berpindah Ke http://www.gurucoklat.com
Photobucket

Friday, March 25, 2011

Melayu Mall - Pusat Pemasaran Produk Anda

Assalamualaikum semua.
Posting kali ni saya nak berkongsi dengan rakan-rakan semua terutamanya yang berminat untuk berniaga diinternet, satu website yang dicipta KHAS untuk memasarkan produk rakan-rakan semua.

Website ini telah dibina oleh saya sendiri dan ianya telah dirancang 5 bulan yang dahulu. Disebabkan kesuntukkan masa, projek untuk membangunkan website ini tergendala.

Jadi, pada 2 minggu yang lepas barulah saya dapat memberi perhatian penuh untuk membangunkan laman web tersebut. Website yang saya maksudkan ialah Melayu Mall.



Melayu Mall ini ialah salah satu laman web yang dicipta untuk memberi kemudahan kepada peniaga-peniaga di Malaysia untuk memasarkan produk mereka secara online. Mungkin ada segelintir peniaga yang tidak mempunyai kemahiran untuk membina blog/website perniagaan sendiri. Jadi, Melayu Mall ini ialah platform yang terbaik untuk berniaga online tanpa perlu mempunyai kemahiran membina blog/laman web.

Kepada yang baru nak memulakan untuk menjual produk di internet, saya cadangkan anda menggunakan platform ini sebagai permulaan untuk membangunkan perniagaan anda. Kepada yang sudah lama berkecimpung dalam perniagaan dan telah mempunyai laman web sendiri, boleh juga gunakan platform Melayu Mall untuk meningkatkan lagi kadar penjualan produk anda.

Sebelum senaraikan produk anda di Melayu Mall, jangan lupa untuk muat turun dahulu ebook panduan "Cara Senaraikan Produk Anda Di Melayu Mall". Dalam ebook tersebut mengandungi cara untuk memasarkan produk anda di Melayu Mall dan diselitkan sekali tips-tips yang boleh anda gunakan untuk menulis iklan yang dapat menarik perhatian pembeli.

Jangan lupa juga untuk membaca Terma dan Syarat untuk memasarkan produk anda di Melayu Mall untuk mengelakkan anda melakukan kesalahan di laman web tersebut yang boleh menyebabkan anda di BAN dari Melayu Mall.

Akhir kata, gunakanlah platform Melayu Mall sebaiknya untuk mengembangkan perniagaan anda. Jadilah peniaga yang berhemah, jujur dan berkeyakinan tinggi. Kata motivasi untuk hari ini, "Yakinlah dengan peniagaan yang anda lakukan. Jangan takut untuk menghadapi kegagalan kerana kegagalan hari ini akan memberi kejayaan di kemudian hari.". :)

Link ke Melayu Mall : http://www.melayumall.com

12 comments:

  1. Waalaikummussalam Apisv2. Selamat berkenalan juga. Jom support marketplace Melayu kita. :)

    ReplyDelete
  2. Salam...Niat yg baik perlu disokong. Memang ada plan ingin pasarkan produk Jus Manggis Shamelin secara on-line tapi tgh kaji impaknye terlebih dahulu...thanx

    ReplyDelete
  3. sangat bagus idea pemasaran ini

    ReplyDelete
  4. Waaa menarik marketplace tu... elok la tu org kata langkah kanan tuk saya ni. Duk tgh nak menjaja produk juga nie ahak ahak

    Apa2pun tahniah dan moga berjaya Khai

    ReplyDelete
  5. salam singgah www.starris90.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. oyke..... tp sy juz jd pgdar tok 1 prduk niee soo blh kee nk pasarkan gakk!!!

    ReplyDelete
  7. cg kh : :)

    hostsiber.com : Pasarkan je produk tu kat Melayu Mall ni. Mana la tau rezeki di sini. :)
    Anyway, terima kasih byk2 kerana menyokong sy. :)

    slumberznanie : Boleh sahaja. Asalkan produk tersebut sah disisi undang-undang dan syarat yang ditetapkan. :)

    ReplyDelete
  8. singgah sekejap baca psl melayu mall :)

    ReplyDelete
  9. melayu mall...hmm..product online...sometimes tak boleh nak percaya sangat kalo nak beli barang online...just need to be careful..

    ReplyDelete
  10. Acan ketot : Thanks. :)

    Adlan : Memang pun. Tak boleh percaya 100% beli online ni terutama barangan yang harga lebih RM1000. Baik jumpa je terus. :)

    ReplyDelete

kumen...kumen...:-p

Jom Tengok Posting ni!. =)

Related Posts with Thumbnails