Pages

PENGUMUMAN : Laman Web Jualan Ebook Cara Membuat Handmade Chocolate (COMPOUND) Telah Berpindah Ke http://www.gurucoklat.com

Thursday, October 21, 2010

Review Ebook Cara Membuat Handmade Chocolate (COMPOUND) Dari Salah Seorang Pembaca Ebook Tersebut.


Review ini khas untuk ebook ini. Semua review dan pandangan yang dibuat adalah setelah saya membaca satu persatu helaian demi helaian muka surat ebook ini.

Sebagai penulis ebook dan juga seorang pembeli, saya akan review satu persatu menurut ilmu yang saya miliki. Saya cuba untuk review sejujurnya tanpa sebarang kompromi.

Cover ebook ini adalah berwarna coklat cair, memberikan sentuhan elegant rasa coklat.

Tebal ebook ini adalah 40 muka surat termasuk pengenalan/cover.  Isi kandungan ringkas tetapi padat. Tidak ada kata-kata berjela panjang, berbunga bahasa dan lain-lain, semuanya terus direct straight to the point.  Dari segi konsep ruang pula, penulis dapat menghasilkan sebuah ebook yang mesra dan senang dibaca, space digunakan juga bersesuaian. Semuanya tersusun, macam A- Z, so anda hanya perlu baca dari mula sehingga habis, kemudian praktikkan apa yang ditunjukkan.

Ebook ini juga turut menyajikan pengenalan ringkas mengenai coklat buatan sendiri, bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Kemudian beliau turut menulis mengenai  langkah menghasilkan handmade coklat, termasuk jenis-jenis, teknik, langkah precaution semasa proses penyediaan, teknik mencairkan coklat. Semuanya tersusun satu persatu, malah siap bergambar rajah dan penerangan ringkas di bawah setiap gambarajah. Kualiti gambar juga jelas dan terang untuk dilihat.

Saya rasa inilah bahagian main menu dalam ebook ini, iaitu teknik membuat handmade chocolate versi bergambar. Terdapat 6 teknik yang ditunjukkan. Ianya ringkas tapi padat, bergambar dan siap lengkap dengan penerangan di bawah setiap gambar. Hanya teknik no.4 sehingga no.6 tidak disertakan gambar rajah, hanya penerangan cara-cara membuatnya sahaja, bagaimanapun intipatinya hampir sama dengan teknik no.1 sehingga no.3

Setelah anda siap, anda akan diterangkan bagaimana teknik untuk menyimpan coklat yang telah dihasilkan menggunakan teknik-teknik yang telah ditunjukkan.

Terdapat 6 resepi handmade chocolate yang diberikan, turut disertakan bahan-bahan serta cara-cara membuatnya, disinilah teknik no.1 hingga teknik no.6 boleh diaplikasikan.

Bahagian ini antara yang saya suka iaitu dimana kita nak dapatkan bekalan coklat. Beliau turut menyenaraikan alamat-alamat para pembekal coklat dan semuanya berada di semenanjung Malaysia. Siap ada website lagi diberikan.

Ini yang dikatakan ebook lengkap, satu set complete. Kenapa? Sebab dalam ebook ini mengajar dari mula sehingga habis, malah turut disertakan teknik pemasaran. Tanpa mengetahui teknik dan kaedah pemasaran, sehebat mana pun anda menghasilkan coklat, sekiranya tidak ada pembeli, tentu tak best juga kan? (ini khusus untuk yang nak buka kedai membuat handmade chocolate lepas ni.)

Teknik promosi turut ditunjukkan secara detail dan lengkap.  Juga ada 6 teknik promosi. Wah, nampaknya penulis ebook ini sinonim sangat dengan nombor 6 ya.

Bahagian akhir ebook pula memaparkan biodata mengenai penulis ebook ini, anak muda yang berusaha untuk menghasilkan ebook ini.


Secara keseluruhannya, penyampaian ilmu dalam ebook ini sampai pada para pembaca yang berminat nak ketahui teknik membuat handmade chocolate.

Terus terang, anda boleh mulakan membuat coklat buatan tangan anda sendiri walaupun sebelum ini tidak tahu pun bagaimana hendak membuat coklat sendiri.

Berapa harga yang suit untuk ebook ini? Menurut saya sendiri, harga yang sesuai untuk ebook ini antara RM 40 hingga RM 50. Namun ilmu yang disampaikan adalah priceless iaitu tidak ternilai kerana ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri. So, kalau ada apa-apa masalah, boleh contact beliau terus, tentunya selepas anda membeli ebook beliau ini.


Review tersebut telah ditulis oleh :














Alessandro Rahman

5 comments:

  1. huyoooooooooo..alessandro yg review..dasat2..hehe...qiqi tringin nk ebook ni tp lom de bdget lg -_-

    ReplyDelete
  2. Review ini merupakan review original dari saya dan ianya menurut ilmu yang saya miliki. Jangan ketinggalan mendapatkan ebook hebat ini. ^__^

    ReplyDelete
  3. To Cik Qiqi : Hehehehe... Jgn risau cik Qiqi. Nanti ada bajet boleh dapatkan ebook Cara Membuat Handmade Chocolate (COMPOUND). ;)

    To Alesssandro : Terima kasih atas komen saudara. ;)

    ReplyDelete
  4. Betul la Cik Qiqi saya pun bekenan gak ngan buku tu saya memang pengemar coklat. Tapi.... bajet lom ade lagi. Takut bile dah ade bajet harga diskaun pun tamat. He...He...

    ReplyDelete

kumen...kumen...:-p

Jom Tengok Posting ni!. =)

Related Posts with Thumbnails